Wednesday, 26 December 2012

luahan hati ini .

assalamualaikum blogger ,




sebenar ny ni adalah hasil tangan umi yang umi coretkan di atas sehelai kertas . tapi , umi nak kisahkan dalam blogger ni .

suasana yang riuh rendah saat semua orang gembira berjumpa rakan seperjuangan di dalam kelas , aku duduk membatukan diri di penjuru kelas hanya untuk meluahkan isi hati ini . suasana tidak dapat menggambarkan kesedihan yang aku rasakan sendirian . Pokok menghijau menenangkan lagi hati ini untuk lebih mendapat kan ilham dalam luahan hati ini . telefon bimbit , tidak aku sentuh untuk menjawab sebarang panggilan dan kiriman pesanan. hanya sunyi sepi tanpa ada bunyi . aku mula merasai kehangatan kerinduan itu . tetapi , adakah aku hanya mimpi . ? mimpi yang tidak menjadi nyata . aku mohon keampunan kepadamu wahai insan . insan yang bernama kekasih . teringat kisah cinta kita , begitu indah masa lalu , ku harapkan sehingga kini tidak akan berubah . saat aku menangis , aku selalu inginkan kamu , biarkan aku menangis hanya dipelukan mu . ku pejam mata ,senyuman manis mu kutatap indah, kenangan indah bersama mu selalu terbayang .begitu bahagia perasaan itu. aku kini umpama kapal yang sesat ditengah lautan , tanpa ada pemandu . aku merasakan seperti itu , rasa seperti kehilangan gelak tawa , manja , dan hangat nya cinta dari seorang insan .semua ini tidak dapat aku lakukan seorang diri.. wahai insan , ku sedar betapa penting nya kau dalam hidup ku ini , begitu bermakna nya kau dalam hidup ku ini , dan begitu besarnya cintaku untuk mu. kau selayaknya menjadi nyawaku . dari dulu sehingga kini kau begitu sabar dengan diri ini , bermacam dugaan yang aku timbulkan untuk mu . tetapi , kau tidak pernah putus asa dengan semua ini . aku bangga dapat mengenali insan seperti kau . wahai insan... memang tidak pernah aku terfikir  yang kau akan menjadi milikku. aku hanya ingatkan diriku , betapa aku bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian dari hidupmu . jangan pernah merubah dirimu , ku selalu titipkan doa agar hubungan ini sentiasa mekar harumnya . jarak memang selalu mencemburui kita , jarak memang selalu memisahkan kita , dan jarak dapat membuatkan kita lebih menghargai sesebuah perhubungan . indah sangat bila bercinta , macam belangkas je.. hanya ungkapan rindu tidak lekang di bibir & semua itu indah sangat . wahai insan yang bergelar kekasih , ingin ku hulur sepuluh jari , kerana diri ku tidak pernah menjadi yang terbaik buatmu .sesungguhnya cinta ini hanya untuk mu. kuharap diriku akan selalu menjadi titian kasih yang kukuh dalam hidup mu . ikhlas dariku untuk dirimu wahai insan yang ku sayangi > Shazlan B. Alias.. <3

umi :)

No comments:

Post a Comment